Cari


Ahad, 9 Mei 2010

Asas agama Kristian dari kaca mata seorang Islam

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kitab suci Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).

Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat dan Zabur, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini menjadi kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu orang-orang Yahudi menolak sama sekali New Testament (Perjanjian Baru).

New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab Injil, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi menolak New Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi, sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai Bible pada hari ini.

Orang-orang Kristian percaya yang Bible diturunkan secara ilham, bukannya secara bunyi huruf demi huruf sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran. Sebab itulah Bible zaman dahulu tidak sama penulisannya dengan Bible yang ada hari ini malah berbeza-beza pula mengikut suasana dan tempat. Ini berbeza sekali dengan Al Quran yang masih sama penulisan dan isi kandungannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Di antara ajaran terpenting (paling asas) dalam Kristian yang mesti di terima secara mutlak- tidak boleh dipersoalkan lagi adalah konsep Triniti. Konsep Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father), Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu gabungan sebagai Tuhan. Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu Jesus ke dalam Triniti.

Jesus merupakan Anak Tuhan. Dia mempunyai dua keadaan iaitu badan kemanusiaan Jesus dan badan ketuhanan Jesus. Dia diutus ke dunia ini oleh Bapanya (Tuhan) untuk menebus segala dosa manusia. Untuk itu dia mesti dibunuh dan telah pun dibunuh dengan cara disalib. Maka dosa-dosa manusia pun tertebus.

‘Dosa waris’ juga menjadi ajaran asas, iaitu semua manusia mewarisi dosa daripada Nabi Adam dan Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan. Dosa waris ini terhapus dengan penyaliban Jesus.

Ajaran-ajaran asas atau persoalan-persoalan pokok dalam agama Kristian ini semuanya mesti diterima secara mutlak, iaitu tidak boleh dipersoalkan lagi sama ada benar atau tidak. Barang siapa yang mempersoalkan salah satu daripada persoalan-persoalan pokok ini (atau tidak percaya salah satu daripadanya) maka menurut kebanyakan pendeta, dia bukanlah seorang Kristian lagi.

Dalam erti kata lain, semua inilah prinsip-prinsip asas aqidah agama Kristian. Sekiranya rosak salah satu sahaja daripada prinsip-prinsip kepercayaan ini maka rosaklah seluruh agama Kristian tersebut walau sebaik manapun umatnya. Sebaliknya, jika betullah semua prinsip-prinsip asas ini maka betullah seluruh agama Kristian itu walau serosak manapun umatnya. Ini kerana yang rosak adalah umat, bukan agama itu sendiri.

Umat Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan aliran. Dua mazhab terbesar adalah Roman Khatolik dan Protestan yang saling bermusuhan hingga mengakibatkan pertumpahan darah sehinggalah ke hari ini. Ketua seluruh umat Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal di bandaraya suci Kristian iaitu di Vatican City, negara terkecil di dunia yang terletak di Eropah.

Umat Kristian dan Yahudi menolak Nabi Muhammad kerana bagi mereka para nabi (utusan Tuhan) itu mestilah lahir dalam kalangan Bani Israil sahaja. Nabi Muhammad lahir daripada keturunan Arab (bukan Bani Israil), maka langsung tidak layak menjadi utusan Tuhan melainkan seorang pembohong.

Dipetik dari "myalexanderwarthen.blogsport"

Selasa, 4 Mei 2010

Adakah anda seronok bekerja?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dipetik dari buku “Jalan Di Hadapan” tulisan Bill Gates

“Saya telah menghabiskan banyak waktu untuk menulis buku ini. Saya bekerja keras kerana saya sukakan kerja saya. Ia bukan satu ketagihan, saya suka melakukan kerja lain, tetapi saya dapati kerja saya sangat menyeronokkan. Tumpuan saya adalah untuk mengekalkan Microsoft di barisan hadapan melalui pembaharuan yang malar”

“ Bagi saya, sebahagian besar keseronokkan sentiasa datang daripada mengambil bekerja orang yang pandai dan bekerja dengan mereka. Sesetengah mereka yang bijak yang kami ambil bekerja sekarang jauh lebih muda daripada saya. Saya berasa iri hati kerana mereka membesar bersama-sama computer yang lebih baik”

“ Saya rasa inilah masa yang paling indah dalam hidup.Belum pernah ada peluang yang sebegini banyak untuk melakukan perkara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini”

Kerja adalah perkara yang perlu kita lakukan setiap hari, tetapi sejauh manakah kita sukakan dengan kerja kita. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kita untuk kita sukakan kerja kita. Suasana ditempat kerja, kawan-kawan di sekeling dan ketua sangat mempengaruhi kita.

Suasana yang kondusif akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja.Contoh nya guru akan merasa seronok bekerja jika persekitaran sekolahnya menarik dan tenang. Keadaan kelas dan bilik guru yang bersepah dan bersesak-sesak akan membuatkan guru tidak selesa. Kajian yang dilakukan oleh kesatuan guru jelas menunjukkan ramai guru-guru di Malaysia mengalami tekanan bukan sahaja dengan bebanan tugas, disiplin pelajar malahan persekitaran sekolah yang sangat memeritkan. Jumlah pelajar didalam kelas kadangkala mencecah 40 orang dengan keadaan kelas yang berkeluasan sederhana menyebabkan pelajar memberontak. Perkara ini sebenarnya memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar malahan membunuh semangat guru dalam diam.

Masyarakat selalunya menunding kepada guru jika sebarang perkara berlaku disekolah tetapi masyarakat lupa masalah pelajar di rumah sebenarnya dibawa kesekolah. Budaya merokok contohnya bukan diajar disekolah tetapi menularnya masalah ini disekolah adalah dibawa oleh sebahagian pelajar yang merokok di rumah atau diluar sekolah dan diserapkan disekolah. Budaya membuli ditonton dalam media massa juga sebenarnya hasil kelalaian ibubapa menapis dan memantau maklumat dan filem yang ditonton oleh anak mereka.

Selain dari persekitaran, kawan-kawan juga memainkan peranan untuk menentukan tahap keseronokkan ditempat kerja. Kawan-kawan yang sentiasa menyokong kita dalam segala masalah dan aktiviti kita membuatkan kita seronok bekerja bersama-sama mereka. Berbeza jika kawan yang selalu mengeji dan memperlekehkan usaha kita akan membuatkan kita sentiasa diperhatikan dan kurangnya diberi kepercayaan.Kritikan yang membina akan meningkatkan mutu kerja kita, tetapi kritikan yang menghina membunuh semangat kita.Sikap manusia sejak azali lagi memang memerlukan teman untuk mencapai kejayaan tetapi kita seharusnya tidak lupa kawan juga boleh menjerumuskan kita dalam kegagalan.

Ketua yang baik adalah sentiasa mendengar dan bertindak. Masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan mendengar pendapat dan alas an terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Ketua yang baik sentiasa memberi sokongan apabila kita memerlukan. Ketua mestilah bertindak sebagai pelindung jika pekerjanya menghadapi masalah. Pemimpin yang melarikan diri dan cuba mengelak dari menghadapi pekerjanya yang bermasalah tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Akhirnya bukan sahaja pekerja itu bermasalah, malahan organisasi tersebut juga akan diheret bersama.Jadilah ketua yang baik agar kita mendapat pekerja yang baik.

Ahad, 2 Mei 2010

Staf Akademik dan Bukan Akademik SMK Pakan 2010






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesi penggambaran staf akademik dan bukan akademik telah dilangsungkan beberapa minggu lepas.Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Kenapa orang Islam tidak makan babi...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semalam sempat menonton cerita Muallaf sebentar. Karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad walaupun dikritik hebat oleh beberapa pihak tetapi sebenarnya ada yang tersirat dalam fiemnya. Watak Datuk dan Datin lakonan Datuk Rahim Razali dan Ning Baizura menolak pelawaan berjabat tangan oleh penyiasat persendirian yang diupah oleh beliau sendiri untuk menjejaki anaknya yang melarikan diri dari rumah kerana penyiasat persendirian yang berbangsa cina baru sahaja memegang anjingnya yang hendak dibawa ke klinik haiwan kerana sakit. Pada pandangan datuk dan datin, haram memegang haiwan tersebut. Namun sebelum adegan itu, datuk sempat lagi menawarkan arak kepada penyiasat persendirian itu dan sempat lagi menambah araknya. Manusia yang kononnya haram memegang anjing tetapi halal meminum arak...

Babi adalah binatang mempunyai paling kotor dan menjijikkan,menjadi agen dan pembawa virus dan bakteria kepada penyakit-penyakit yang berbahaya.Babi adalah pembawa sebenar cacing pita yang sangat berbahaya dan boleh hidup didalam badan manusia dengan lama.Kajian yang dilakukan oleh 12 orang penyelidik yang diketuai oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Winconsin mendapati di kerongkong babi mempunyai pelbagai virus yang merbahaya kepada manusia.Mereka telah mengistiharkan babi sebagai "mixing vessel" ataupun bahtera pengumpulan pelbagai kuman seperti mana yang diistiharkan dalam "Journal of Virology 1997".
Babi tidak mempunyai leher untuk disembelih. Konsep penyembelihan dalam Islam adalah bertujuan mengeluarkan darah dan kuman dengan maksimun dari binatang yang disembelih. Darah dalam Islam adalah najis.Oleh kerana babi tidak mempunyai leher,maka penyembelihan tidak dapat dilakukan.
Kepercayaan dan sejarah Islam telah menceritakan babi diwujudkan oleh Tuhan semasa zaman nabi Nuh as.Semasa banjir besar,Nabi Nuh telah memohon kepada Allah menciptakan seekor binatang yang boleh membersihkan kotoran yang terhasil dari manusia, binatang dan sampah sarap. Allah telah menyuruh Nabi Nuh mengusap kepala gajah lalu terhasillah tikus. Tikus dicipta untuk membersihkan bahtera nabi Nuh as. Pada masa yang sama juga Iblis melakukan perkara yang sama dengan nabi Nuh tetapi babi telah tercipta.
Kitab perjanjian baru "New Testement" telah menyatakan Jesus telah menghalau roh-roh jahad dalam badan manusia dan dimasukkan dalam badan babi.Ini secara simboliknya menunjukkan pengharaman babi.
Daniel S. Shapiro MD Pengarah Clinical Microbiologi Laboratories, Boston Medical Center yang juga seorang penolong profesor perubatan di Pathology and Laboratory Medicine , Boston telah merumuskan antara penyakit-penyakit yang dibawa oleh babi adalah

1.anthrax
2.ascarissuum
3.botulism
4.brucella suis
5.cryptosporidiosis
6.entamoebepolecki
7.erysipelothrix shusiopathaie
8.flayobacterium
9.infuenza
10.leptorirosis
11.pasteurella aerogenes
12.pateurella multocida
13.pigbel
14.rabies
15.salmonella choleraesis
16.salmonellosis

dan banyak lagi...

Kajian oleh tokoh-tokoh perubatan China seperti Yan Show Tan telah menegaskan "semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi".Tabib terkenal dinasti Tang telah menulis dalam bukunya "Sheh Shen Lu" menyatakan "Daging babi meransang penyakit-penyakit lama seperti kemandulan,penyakit tulang dan asma".

"Apa yang kita makan akan membentuk daging dan darah kita"

Sabtu, 1 Mei 2010

Senarai nama Pelajar yang Layak ke Tingkatan 6 SPM 2009





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berikut adalah senarai nama pelajar yang layak ke tingkatan 6. Tahniah diucapkan...

Majlis Penangguhan Rasmi Minggu Sains dan Matematik











Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Majlis penangguhan rasmi minggu sains dan matematik telah disempurnakan pada hari jumaat bersamaan 30 April 2010. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa oleh Cikgu Mohd Sofian. Majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi Minggu Sains dan Matematik Cikgu Amzari, Guru Kanan Jabatan Sains dan Matematik Cikgu Abusrah dan diikuti ucapan dari tuan pengetua Encik Manggie. Majlis diserikan dengan persembahan Akademi Dikir Barat yang diketuai oleh Cikgu Zaifi.Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang,

Drama KOMSAS Bahagian Sarikei 2010





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

SMK Pakan telah menganjurkan Pertandingan Drama KOMSAS bahagian Sarikei 2010. Pencapaian sekolah kita dalam drama ini adalah sangat membanggakan iaitu kita telah menjadi Johan dan akan mewakili Sarikei ke peringkat negeri yang akan diadakan di Kuching.Syabas diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat.