Cari


Jumaat, 30 April 2010

Olahraga MSSB Sarikei 2010













Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kontigen SMK Pakan telah menghantar putera dan puterinya untuk Kejohanan Olahraga MSSB Sarikei 2010. Walaupun gagal mengekalkan kejuaraan tahun lepas tetapi SMK Pakan boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai naib johan.Apapun syabas diucapkan kepada jurulatih dan atlet-atlet yang berpanas dan berhujan bersama-sama pelajar.Permulaan pertandingan agak goyah,saingan terutamanya dari SMK Julau dan SMK Meradong bukan calang-calang. Gelaran sebagai juara bertahan sedikit sebanyak telah mengganggu kosentrasi atlet-atlet kita
Perjuangan diteruskan walaupun pencapaian SMK Julau terlalu kuat untuk disaingi. Atlet-atlet yang berjaya menonjolkan diri untuk edisi ini adalah Johnical(panjang),Banta,Mary Cynthia,Edwin dan Guma. Sorakan "Agi Idup Agi Ngelaban" hanya mampu berkumandang beberapa kali sahaja.Apapun cuba lagi tahun depan...



Orang tidak nampak apa yang kita buat tetapi orang akan menilai apa yang kita hasilkan.....

Perbezaan Islam dan Kristian



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
TULIS ANNA VELITA :

Posted: Mon Sep 24, 2007

Saya memerlukan nasihat daripada tuan...kerana saya masih terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar.

Saya perlukan jawapan daripada anda..sekadar ingin bertanya.,,tidak berniat lain.

Saya ingin bertanya kepada tuan..apakah berbezaan Kristian dan Islam
....Kenapa penganut Islam lebih ramai dari Kristian


BALASAN ALEXANDERWATHERN :

Kepada Anna Velita,

Saya bersedia untuk bertukar-tukar fikiran, semoga ada manfaatnya untuk kita. Cuma maklum balas daripada saya kadang-kadang terlewat akibat kesibukan.

Katanya anda ‘masih terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar’. Apa yang berlaku kepada anda kini sebenarnya pernah berlaku kepada Nabi Ibrahim/ Abraham pada zaman dahulu. Akhirnya Nabi Ibrahim berjaya menemui Tuhan dan agama sebenar setelah beberapa mengkaji dan tercari-cari. Semoga anda pun menjadi sepertinya. : )

Sebelum kita berbicara lebih jauh, harap anda tidak keberatan untuk menyatakan agama yang anda anuti kini. Sekiranya kini anda tidak berpegang dengan mana-mana agama, mungkin sebelum ini pernah. Makluman anda akan lebih membantu kita dan memberikan saya lebih banyak idea, insyaallah.

Kata Anna:

“saya perlukan jawapan daripada anda..sekadar ingin bertanya.,,x berniat lain”

Saya akan berusaha memberi jawapan, ataupun sekurang-kurangnya memberi ‘panduan untuk mencapai jawapan’, setakat kemampuan saya. Pertanyaan yang ikhlas, pastinya akan mendapat jawapan yang ikhlas daripada saya. Usahlah dirisaukan hal itu.


PERBEZAAN KRISTIAN DENGAN ISLAM

Perbezaan antara kedua-dua agama ini luas untuk kita diskusikan, banyak sudut-sudut perbezaan yang ada. Oleh kerana anda tidak spesifikkan ‘perbezaan’ tersebut, saya sentuh secara agak luas tetapi ringkas.

PERBEZAAN DARI SUDUT MASA
Agama Kristian sudah berusia lebih 2 000 tahun manakala Islam lebih daripada 1 400 tahun.

PERBEZAAN DARI SUDUT PEMBAWANYA
Kristian dibawa oleh Nabi Isa a.s, yang dikenali juga sebagai Jesus. Dia dinamakan ‘Jesus’ kerana dialah penyelamat kaum Bani Israil sebagaimana yang diterangkan dalam Bible:

“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)

Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang juga dikenali sebagai Ahmad. Di dalam Bible, Nabi Muhammad juga dikenali sebagai ‘Seumpama Musa’, ‘Nabi Itu’, ‘Pahlawan’, ‘Yang Tidak Dapat Membaca’, ‘Paracletos’, ‘Penghibur’, ‘Roh Kebenaran’, ‘Himada’, ‘Dia Yang Datang Kemudian Daripadaku’, ‘Dia Yang Digerakkan Dari Timur’ dan lain-lain.

DARI SEGI PENERIMAAN
Agama Kristian menolak pembawa agama Islam iaitu Nabi Muhammad dan melabelnya sebagai syaitan. Agama Islam pula menerima dan mengimani Jesus sebagai salah seorang Rasul. Mana-mana orang Islam yang tidak mengimani Jesus sebagai Rasul, maka imannya dikira rosak.

“Muhammad ialah kepala perompak, pemuas hawa nafsu, penderita penyakit ayan, mempunyai sifat-sifat syaitan.”
(Martin Luther dalam bukunya Verlegung Alcaras Bruder Ricaldi)

Bahkan ibu kepada Jesus iaitu Maryam sangat dimuliakan dalam al-Quran hinggakan salah satu daripada surah dalam al-Quran dinamakan surah Maryam/ Mariam. Tidak ada surah bernama Aminah- ibu Nabi Muhammad tetapi ada surah sempena nama ibu kepada Jesus. Tidak ada nama surah sempena ama isteri-isteri Muhammad seperti Khadijah, Aisyah, Zainab dan tidak ada juga surah sempena nama Fatimah, anaknya. Hal ini menunjukkan Nabi Muhammad memang tidak ada pilihan untuk berbuat sesuka hati dengan isi kandungan al-Quran. Kerana apa? Kerana isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya datang daripada Bapa/ Allah.

“Al-Masih anak Maryam itu tidak lain seorang rasul yang telah didahului sebelumnya beberapa orang rasul, dan ibunya seorang wanita yang amat benar…”
(Al-Quran al-Maidah: 75)

“…Isa anak Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat…”
(Al-Quran Aali Imran: 45)

PERBEZAAN DARI SEGI SUMBER
Ajaran Kristian bersumberkan kitab Bible yang terdiri daripada The Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Baru) manakala agama Islam bersumberkan kitab suci al-Quran, yang juga dikenali sebagai The Last Testament (Perjanjian Terakhir).

PERBEZAAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN SUMBER
Isi kandungan Bible bercampur-aduk antara firman Tuhan, sabda Jesus dengan tulisan para sejarahwan. Perjanjian Akhir pula berisi firman Tuhan semata-mata. Sabda Nabi Muhammad dinamakan ‘hadis’ dan tidak bercampur dengan al-Quran. Nukilan para sejarahwan Islam pula dinamakan ‘tarikh’ dan tidak bercampur dengan al-Quran ataupun hadis. Dengan itu, al-Quran ‘solid’ 100% firman Tuhan.

PERBEZAAN DARI SEGI MATLAMAT
Agama Kristian bermatlamat untuk menyelamatkan kaum Bani Israil sahaja manakala agama Islam bermatlamat untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.

“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)

PERBEZAAN DARI SEGI AKIDAH
Umumnya Kristian menyembah tiga Tuhan dalam satu yang dikenali sebagai triniti ataupun trinitas. Triniti ini ada beberapa versi dan yang paling popular ialah kesatuan antara Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ketiga-tiganya dianggap setara dan satu peribadi. Islam pula menyembah Tuhan Yang Esa iaitu Bapa sahaja. Umat Islam menyembah Bapa seorang. Bagi Islam, Anak, Roh Kudus, Mariam ataupun yang lain-lain bukanlah Tuhan tetapi makhluk.

“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, kerana semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.”
(Bible Matius 11: 25)

Namun begitu, ada sebilangan kecil umat Kristian yang berfahaman Unitari- yang menyembah Bapa sebagai satu-satunya Tuhan sebenar.

PERBEZAAN DARI SEGI GEOGRAFI
Kristian bermula di Baitul Laham (Bettlehem) ataupun sekitarnya manakala Islam bermula di Makkah. Kini Kristian lebih berkembang di Amerika, Eropah dan Australia yang biasa kita sebut sebagai Barat. Islam pula lebih berkembang di Tanah Arab, Afrika, Nusantara, China, Khurasan dan lain-lain yang biasanya disebut sebagai Timur.

PERBEZAAN DARI SUDUT SEJARAH
Sebaik-baik sahaja Nabi Jesus tiada, agama Kristian meneruskan kehidupannya secara sulit-sulit, ditolak, diperintah, ketakutan, ditindas, pembawanya tidak ramai, banyak pembawanya yang dibunuh ataupun ditangkap, kitab sucinya tidak dihafaz dan lain-lain yang memungkinkan ajaran asalnya tidak sampai 100% kepada kita hari ini.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, agama Islam tersebar secara terang-terangan, meluas, memerintah, tersusun dan sistematik, pembawanya ramai bertebaran ke Timur dan ke Barat, diterima orang, kitab sucinya dihafaz perkataan demi perkataan oleh ratusan (secara terpisah-pisah oleh ribuan orang) dan sebagainya yang memungkinkan ajaran asalnya masih kekal 100% hingga ke hari ini. Kini penghafaz keseluruhan al-Quran ada puluhan ribu orang. Berapa orang yang menghafaz keseluruhan Bible yang asal?

PERBEZAAN DARI SUDUT PENYEBARAN
Agama Kristian lebih banyak tersebar melalui penaklukan dan kekerasan. Agama Islam pula lebih banyak tersebar melalui dakwah dan perdagangan. Antara buktinya, agama Islam lebih dahulu tiba di Asia berbanding agama Kristian. Ia dibawa oleh para pendakwah dan pedagang. Tapi sebaik-baik sahaja Barat menemui jalan ke Timur, mereka datang dengan kapal perang dan slogan ‘Gospel, Gold & Glory’ lalu menakluk dan menjajah India, Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Indo-China hinggalah ke China. Islam masuk ke Melaka tanpa pertumpahan darah. Kita bandingkan dengan cara Kristian masuk ke Melaka.

PERBEZAAN DARI SEGI TEMPAT IBADAH
Umat Kristian beribadah di gereja walaupun Nabi Isa dan para sahabatnya sendiri beribadah di sinagog (rumah ibadah agama Yahudi). Nabi Isa tidak pernah membina gereja ataupun menyuruh dibuatkan gereja. Umat Islam beribadah di masjid, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

PERBEZAAN DARI SEGI QIBLAT
Qiblat Kristian ialah ke Baitul Maqdis manakala Qiblat umat Islam ke Masjidil Haram di Makkah. Asalnya qiblat umat Islam juga ke Baitul Maqdis tetapi Bapa memerintahkannya ditukar ke Qiblat pertama umat-umat terdahulu iaitu ke Makkah kembali.

PERBEZAAN DARI SEGI PERLAKUAN PARA PEJUANG
Ketika Tentera Salib menakluki Jerusalem, ribuan umat Islam yang menyerah, kebanyakannya bukan tentera tetapi kanak-kanak, wanita dan golongan tua dibunuh. Ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi mendapat semula kota tersebut daripada tentera Kristian, semua penganut agama Kristian termasuklah para tentera yang menyerah kalah dibebaskan. Malah perjalanan mereka berpindah keluar daripada Jerusalem diawasi oleh tentera Islam agar keselamatan mereka terjamin.


PENGANUT YANG LEBIH RAMAI

Di peringkat antarabangsa, perangkaan yang biasa saya lihat menunjukkan penganut agama Kristian lebih banyak daripada penganut agama Islam. Perangkaan rasmi inilah yang kita pakai. Namun begitu, keraguan tetap timbul memandangkan agama Islam begitu pesat berkembang di Amerika, Eropah dan Afrika melebihi perkembangan agama Kristian. Banyak gereja dan bangunan dibeli lalu digantikan fungsinya dengan masjid. Lagi pula, banyak orang Barat yang pada pengenalan diri mereka tertulis agama Kristian sebenarnya tidak menganut mana-mana agama dan lebih suka menjalani kehidupan sebagai seorang atheis. Secara tidak rasminya saya memandang jumlah umat Islam melebihi jumlah umat Kristian.


MENGAPA MUSLIM LEBIH RAMAI?

Baiklah. Katakanlah kita memakai kenyataan anda bahawa Muslim lebih ramai. Mengapa lebih ramai walaupun Islam memberi laluan kepada Kristian untuk memecut 600 tahun lebih awal? Banyak faktor-faktornya. Antara yang utama ialah:

Islam lebih dulu sampai ke Timur. Penduduk Timur lebih banyak daripada Barat. Dan kedatangan Islam adalah dengan jalan damai, dagang dan kasih sayang sedangkan kedatangan Kristian adalah dengan jalan perang, penaklukan dan penjajahan. Kekejaman para pimpinan Kristian dalam pembunuhan ratusan ribu manusia tidak bersalah di Hiroshima dan Nagasaki tidak akan dilupakan orang, dan inilah keganasan paling besar dalam sejarah. Imej agama Kristian sering saja dikaitkan dengan keganasan tetapi hari ini media-media cuba meletakkan ‘keganasan’ agar menjadi imej Islam, namun begitu sejarah tidak boleh dibohongi.
Ajaran Islam selaras dengan fitrah manusia dan fitrah alam serta pengetahuan sains. Islam tidak pernah bertentangan dengan ilmu pengetahuan.
Islam memandang manusia sama rata. Tidak ada sistem kasta ataupun dasar ‘apartheid’. Tidak ada perbezaan antara bangsa Timur dengan bangsa Barat, kulit putih dengan kulit berwarna.
Sumber utama agama Islam iaitu al-Quran The Last Testament masih terpelihara sebagaimana yang asal sedangkan kitab Bible berisi banyak kesalahan, penyelewengan dan ubahsuaian.
Kebenaran Islam dan Nabi Muhammad sudah disebut dalam kitab-kitab terdahulu sama ada secara jelas ataupun berkias.
Kitab Perjanjian Akhir tidak berisi cerita-cerita lucah. Hal ini membuatkan ia lebih mudah diterima sebagai firman Tuhan berbanding Bible.
Semua persoalan pokok dalam ajaran Islam ada sandaran kukuh dan boleh dihujahkan hingga mendapat keputusan yang diakui. Walau serosak manapun umat dan persoalan-persoalan cabangan, agama Islam itu tetap benar kerana asasnya adalah benar. Bagi agama Kristian, perosalan-persoalan pokoknya kurang sandaran kukuh, mengelirukan, mengandungi kesalahan dan seumpamanya. Walau sebaik manapun umat dan persoalan-persoalan cabangannya, agama Kristian tetap diragukan kerana persoalan asasnya tidak beres.
Hukum-hakam Islam lengkap sebagai satu perundangan dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Perundangan dalam agama Kristian tidak menyeluruh menyebabkan mereka terpaksa mencipta pelbagai hukum-hakam untuk melengkapkan kehidupan mereka. Contohnya undang-undang perceraian, tidak ada dalam agama Kristian. Mereka terpaksa mencipta atau mencedok dari mana-mana untuk mendapatkan undang-undang tentangnya.
Oleh kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, agama Kristian hari ini terdorong untuk menjadikan para penganutnya beriman secara buta. Banyak perkara perlu diterima tanpa perlu dipersoalkan. Cukup dengan kita menyayangi Jesus dan Jesus menyayangi kita. Hari ini manusia semakin berpelajaran tinggi. Mereka tidak boleh menerima sesuatu tanpa ada alasan yang kukuh. Mereka tidak mahu memperjudikan agama mereka dengan sekadar mengikut-ikut tetapi mesti dengan kajian. Dalam hal ini, agama Islam jelas dan mudah. Manusia bebas mengkaji dan mendapat keputusan, bukan sekadar ‘mesti ikut dan mesti percaya’ sahaja.
"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"
(Bible Markus 12:30)

"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan".
(Bible Korintus 1 14:33)

Konsep keTuhanan dalam agama Kristian tidak selaras dengan konsep Tuhan yang sebenar. Dengan memeluk Islam, konsep keTuhanan kita begitu jelas dan mudah. Sembah Bapa sahaja sebagai Tuhan, selain Bapa semuanya makhluk.
“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.” (Yohanes 17:3)

“Dan janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di bumi ini, kerana ada satu sahaja Bapamu, iaitu Dia yang di syurga.” (Matius 23:9)

"Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.” (Korintus 1 8:5-6)

Ini semua ayat-ayat dari Bible sendiri.

PENUTUP

Setakat itu sajalah penjelasan yang mampu saya berikan buat masa ini. Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan sedikit kepuasan kepada anda. Sekiranya anda masih mahukan penjelasan dan tukar-tukar fikiran lebih lanjut, jangan segan-segan untuk mengajukannya, saya bersedia membantu. : )

Akhirnya, sebagai memenuhi permintaan para rasul dan nabi terdahulu yang menyuruh manusia mengikut rasul-rasul dan nabi-nabi terkemudian, dan para rasul dan nabi terkemudian termasuklah Jesus yang menyuruh manusia supaya mengikut Nabi Muhammad, dan seterusnya mengikut Nabi Muhammad yang menyuruh agar Islam disampaikan kepada seluruh umat manusia…

… saya menawarkan kepada anda agama Islam untuk dijadikan sebagai pegangan hidup dan mati. Yang dengannya kita akan mendapat kejayaan dan keselamatan dalam hidup sesingkat 70-80 tahun di dunia ini, dan dengannya jugalah kita akan mendapat kejayaan dan keselamatan dalam hidup bertrillion tahun (selamanya) di akhirat nanti. Dengan memilh Islam, bermaksud kita mendapat Muhammad dan masih mendapat semua para rasul termasuklah Musa dan Jesus, keraan mereka semua adalah para utusan Tuhan yang mesti diimani oleh seseorang yang beragama Islam.

Semoga tidak menjadi salah faham, kata-kata saya di atas adalah berupa satu tawaran ataupun saranan, bukannya gesaan dan jauh sekali paksaan. Tidak ada paksaan dalam beragama. Anda bebas mengkaji dan memilih. Membuat pilihan atas kajian adalah lebih berkualiti dariapda membuat pilihan atas dasar ikut-ikutan. Dalam beragama kita mesti hendakkan kepuasan dan kejelasan.

Salam hormat dari saya.

Dipetik dari http://myalexanderwathern.blogspot.com/

Rabu, 28 April 2010

Minggu Sains dan Matematik




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sempena minggu sains dan matematik,SMK Pakan telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik antaranya pameran sains,melukis poster,projek roket dan kuiz sains dan matematik. Semalam telah diadakan kuiz sains dan matematik yang melibatkan pelajar tingktan 1,2 dan 3. Pada hari khamis pula akan diadakan kuiz untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Ahad, 25 April 2010

Kelemahan ibubapa


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Dari buku tulisan Saat Sulaiman, antara kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi oleh ibubapa adalah
1. kurang komunikasi
2. membiarkan kesalahan
3. beremosi apabila menghadapi masalah
4. menutup aurat tidak sempurna
5. berpuas hati dengan pendapatan
6. mementingkan kerjaya

Sabtu, 24 April 2010

Dari Hulu Selangor




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Anwar Ibrahim

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat serta ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang. Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia. Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang katakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.[1][2] Setelah menjalani tempoh larangan berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.

Jumaat, 23 April 2010

Bahaya Penularan Ajaran Sesat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Semasa tercari-cari bahan untuk di baca di perpustaakan tadi terjumpa satu buku lama kajian tentang ajaran sesat di Malaysia. Ajaran Batinyyah ini telah meresap masuk ke dalam masyarakat Malaysia lebih berdekad lamanya malahan boleh dikatakan berakar umbi dalam masyarakat Melayu. Nikah batin adalah ciri-ciri yang paling dikaitkan dengan puak-puak ini. Satu yang cukup mengejutkan apabila seseorang pengikut yang ingin masuk syurga terpaksa membenarkan isterinya ditiduri oleh guru ajaran tersesat tersebut. Ungkapan jika mahu syurga akhirat mesti masuk syurga dunia dahulu.Syurga dunia hanya dapat diperolehi dengan pengorbanan yang besar. Pengorbanan dimana si suami hendaklah membenarkan isterinya ditiduri oleh tuan gurunya. Selepas selesai memenuhi permintaan itu, mereka dibenarkan masuk kedalam syurga dunia. Syurga dunia berlaku dimana bebeberapa pasangan suami isteri dibawa masuk kedalam sebuah bilik dan dijamu dengan arak sehingga mereka semua mabuk. Setelah itu mereka akan melakukan hubungan seks tanpa apa-apa batasan. Pelik tapi benar. Inilah manusia yang mengejar dunia dengan cara yang akan menghantar mereka ke neraka..

Khamis, 22 April 2010

Kaedah menghilangkan marah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sikap marah adalah wujud bersama-sama manusia sejak dari kecil lagi. Lihatkan bagaimana anak kecil menangis dengan bersungguh bila lambat diberikan susu. Sikap ini seterusnya mekar bersama-sama umur kita.Bagaimana mengatasinya?Buku tulisan Haji Johari Haji Alias yang bertajuk NILAI-NILAI ISLAM 5 telah mengupas antaranya berkaitan dengan marah. Antara kaedah-kaedah yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan perasaan marah adalah
1. Alihkan ingatan kepada Allah
2. Segera ambil wuduk
3. Alihkan perhatian kepada perkara lain
4. Berjuang menentang perasaan marah
5. Marah bukan sifat seorang yang berani
6. Ingati rupa buruk anda ketika marah
7. Fikirkan akibat marah
8. Amalkan doa menjauhi marah

Jika api kemarahan timbul ketika sedang berdiri,maka segeralah kita duduk. Jika kita marah semasa kita duduk, segeralah kita baring..

Rabu, 21 April 2010

MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT

MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG? dari Tukartiub(Hishamuddin Rais)




PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT

Kalah dan menang....




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ini kejutan berlaku bila seorang pelajar yang selama ini terkenal disekolah dengan kebolehannya dalam sukan menangis bila ditegur kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Itulah manusia, kadangkala dari perwatakkan yang keras dan sombong sebenarnya masih ada ruang yang lemah disisinya.Isi teguran yang berbeza kadangkala menyentuh perasaan seseorang. Teguran bukan untuk menghina tetapi untuk membangkitkan keinsafan. Kejayaan bermakna jika kita menang tetapi kejayaan akan lebih manis jika kita bangkit dari kekalahan untuk mencapai kemenangan.

Selasa, 20 April 2010

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga


"Petikan dari lagu cahaya cinta nyanyian Dato' Siti Nurhaliza"

Cinta yang membawa ke syurga didambakan oleh setiap insan yang mempercayai agama. Zaman hedonisme ini, cinta yang selalunya didendangkan adalah cinta nafsu semata. Dimana cinta Zulaikha terhadap Yusuf, cinta Adam pada Hawa dan cinta Muhammad pada Khadijah?Buku tulisan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah mengulas dengan panjang lebar kisah cinta dalam Al-Quran patut kita renungkan. Manusia sememangnya tidak boleh hidup tanpa cinta tetapi cinta sebenarnya boleh membunuh manusia. Kisah Habil dan Qabil dimana manusia sanggup membunuh demi cinta. Cintailah yang Satu kerana cinta padaNya akan membibitkan cinta kepada rasulnya dan akhirnya cinta kepada manusia...

Isnin, 19 April 2010

Siapa anda?

Bismillahirrahmanirahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Perbezaan yang nyata antara pengikut dan pemimpin adalah kebolehan mengawal suasana. Seseorang pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengawal keadaan walau bagaimana kritikalnya keadaan tersebut. Saidina Umar Al-Khattab selepas kewafatan rasul junjungan besar kita mengambil langkah yang sangat budiman dengan memperakukan Saidina Abu Bakar As Siddiq sebagai khalifah semasa umat Islam masih lagi terpinga-pinga dengan kejadian kewafatan baginda. Langkah itu telah berjaya menyelamatkan umat Islam dari terus terjerumus dalam huru-hara dan jelas sekali langkah tersebut telah berjaya menyatukan umat Islam pada masa itu.

Begitu juga dengan kisahnya Laksamana Hang Tuah mengendalikan amukan dari sahabat baiknya sendiri walaupun dipertikaikan oleh banyak pihak tindakannya itu, masih berjaya mengembalikan keamanan di bumi Melaka. Lagenda dua sahabat ini masih lagi didebatkan siapa benar,siapa salah tetapi sebagai seorang pemimpin, segala tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan segala kekusutan perlu disegerakan maka disegerakan dan tanpa dolak-dalik lagi.
Jalan yang berliku sebenarnya mampu diredahi dengan cara yang betul. Pemimpin bukan sekadar menjalankan apa yang dinasihatkan oleh penasihatnya tetapi memurnikan semua nasihat-nasihat disekelilingnya agar tindakannya bukan sekadar menyelesaikan masalah yang timbul malahan kekusutan yang bakal diredahkan dapat diuraikan dengan lebih baik. Jika pemimpin hanya melaksanakan apa sahaja yang dinasihatkan oleh penasihatnya maka pemimpin tersebut bukanlah seorang pemimpin tetapi pengikut kepada penasihatnya

Ahad, 18 April 2010

Buat pertama kalinya......

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Selalu bila kita membaca apa yang diluahkan oleh orang lain, kita juga biasanya mahu melakukan perkara yang sama. Bloggers yang hebat akan mempunyai pengikut yang setia dan sentiasa dahagakan idea yang hebat.Kehebatan memberi pendapat sebenarnya tidak memerlukan idea yang terlalu besar untuk diterjemahkan oleh masyarakat. Kadangkala idea yang kecil mampu memberikan impak yang besar.Masyarakat pengkritik adalah masyarakat yang berani meluahkan.