Cari


Isnin, 19 April 2010

Siapa anda?

Bismillahirrahmanirahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Perbezaan yang nyata antara pengikut dan pemimpin adalah kebolehan mengawal suasana. Seseorang pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengawal keadaan walau bagaimana kritikalnya keadaan tersebut. Saidina Umar Al-Khattab selepas kewafatan rasul junjungan besar kita mengambil langkah yang sangat budiman dengan memperakukan Saidina Abu Bakar As Siddiq sebagai khalifah semasa umat Islam masih lagi terpinga-pinga dengan kejadian kewafatan baginda. Langkah itu telah berjaya menyelamatkan umat Islam dari terus terjerumus dalam huru-hara dan jelas sekali langkah tersebut telah berjaya menyatukan umat Islam pada masa itu.

Begitu juga dengan kisahnya Laksamana Hang Tuah mengendalikan amukan dari sahabat baiknya sendiri walaupun dipertikaikan oleh banyak pihak tindakannya itu, masih berjaya mengembalikan keamanan di bumi Melaka. Lagenda dua sahabat ini masih lagi didebatkan siapa benar,siapa salah tetapi sebagai seorang pemimpin, segala tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan segala kekusutan perlu disegerakan maka disegerakan dan tanpa dolak-dalik lagi.
Jalan yang berliku sebenarnya mampu diredahi dengan cara yang betul. Pemimpin bukan sekadar menjalankan apa yang dinasihatkan oleh penasihatnya tetapi memurnikan semua nasihat-nasihat disekelilingnya agar tindakannya bukan sekadar menyelesaikan masalah yang timbul malahan kekusutan yang bakal diredahkan dapat diuraikan dengan lebih baik. Jika pemimpin hanya melaksanakan apa sahaja yang dinasihatkan oleh penasihatnya maka pemimpin tersebut bukanlah seorang pemimpin tetapi pengikut kepada penasihatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan