Cari


Sabtu, 24 April 2010

Anwar Ibrahim

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat serta ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang. Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia. Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang katakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.[1][2] Setelah menjalani tempoh larangan berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan