Cari


Selasa, 4 Mei 2010

Adakah anda seronok bekerja?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dipetik dari buku “Jalan Di Hadapan” tulisan Bill Gates

“Saya telah menghabiskan banyak waktu untuk menulis buku ini. Saya bekerja keras kerana saya sukakan kerja saya. Ia bukan satu ketagihan, saya suka melakukan kerja lain, tetapi saya dapati kerja saya sangat menyeronokkan. Tumpuan saya adalah untuk mengekalkan Microsoft di barisan hadapan melalui pembaharuan yang malar”

“ Bagi saya, sebahagian besar keseronokkan sentiasa datang daripada mengambil bekerja orang yang pandai dan bekerja dengan mereka. Sesetengah mereka yang bijak yang kami ambil bekerja sekarang jauh lebih muda daripada saya. Saya berasa iri hati kerana mereka membesar bersama-sama computer yang lebih baik”

“ Saya rasa inilah masa yang paling indah dalam hidup.Belum pernah ada peluang yang sebegini banyak untuk melakukan perkara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini”

Kerja adalah perkara yang perlu kita lakukan setiap hari, tetapi sejauh manakah kita sukakan dengan kerja kita. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kita untuk kita sukakan kerja kita. Suasana ditempat kerja, kawan-kawan di sekeling dan ketua sangat mempengaruhi kita.

Suasana yang kondusif akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja.Contoh nya guru akan merasa seronok bekerja jika persekitaran sekolahnya menarik dan tenang. Keadaan kelas dan bilik guru yang bersepah dan bersesak-sesak akan membuatkan guru tidak selesa. Kajian yang dilakukan oleh kesatuan guru jelas menunjukkan ramai guru-guru di Malaysia mengalami tekanan bukan sahaja dengan bebanan tugas, disiplin pelajar malahan persekitaran sekolah yang sangat memeritkan. Jumlah pelajar didalam kelas kadangkala mencecah 40 orang dengan keadaan kelas yang berkeluasan sederhana menyebabkan pelajar memberontak. Perkara ini sebenarnya memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar malahan membunuh semangat guru dalam diam.

Masyarakat selalunya menunding kepada guru jika sebarang perkara berlaku disekolah tetapi masyarakat lupa masalah pelajar di rumah sebenarnya dibawa kesekolah. Budaya merokok contohnya bukan diajar disekolah tetapi menularnya masalah ini disekolah adalah dibawa oleh sebahagian pelajar yang merokok di rumah atau diluar sekolah dan diserapkan disekolah. Budaya membuli ditonton dalam media massa juga sebenarnya hasil kelalaian ibubapa menapis dan memantau maklumat dan filem yang ditonton oleh anak mereka.

Selain dari persekitaran, kawan-kawan juga memainkan peranan untuk menentukan tahap keseronokkan ditempat kerja. Kawan-kawan yang sentiasa menyokong kita dalam segala masalah dan aktiviti kita membuatkan kita seronok bekerja bersama-sama mereka. Berbeza jika kawan yang selalu mengeji dan memperlekehkan usaha kita akan membuatkan kita sentiasa diperhatikan dan kurangnya diberi kepercayaan.Kritikan yang membina akan meningkatkan mutu kerja kita, tetapi kritikan yang menghina membunuh semangat kita.Sikap manusia sejak azali lagi memang memerlukan teman untuk mencapai kejayaan tetapi kita seharusnya tidak lupa kawan juga boleh menjerumuskan kita dalam kegagalan.

Ketua yang baik adalah sentiasa mendengar dan bertindak. Masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan mendengar pendapat dan alas an terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Ketua yang baik sentiasa memberi sokongan apabila kita memerlukan. Ketua mestilah bertindak sebagai pelindung jika pekerjanya menghadapi masalah. Pemimpin yang melarikan diri dan cuba mengelak dari menghadapi pekerjanya yang bermasalah tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Akhirnya bukan sahaja pekerja itu bermasalah, malahan organisasi tersebut juga akan diheret bersama.Jadilah ketua yang baik agar kita mendapat pekerja yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan